Saturday, August 30, 2014

DeeJay Husaini


Pengantin tiba tidaklah lewat,
Diiringi nasyid gembira ketawa;
Terima kasih kerana melawat,
DeeJay & PA sistem untuk disewa.



Mempelai moden masa kini,
 Tiada lagi acara merinjis;
Ini dia DeeJay Husaini,
DeeJay untuk pelbagai majlis.


Mempelai berjalan beriring berdua,
Sambil tersenyum berseri-seri;
DeeJay Berpantun bertambah ceria,
Mula tersohor serata negeri!.



Lirik indah berirama samba,
Bila dengar menjadi teruja;
Berdeejay ini kesukaan hamba,
Nasyid dan lagu ketuhanan saja.



Anak kecil riang menari,
Menari lincah ikut irama;
Duit belanja wajib kita cari,
Mencari pahala lagi utama.



Hidup ini jangan bermewah,
Anak yatim hendaklah layan;
Berdeejay sambil berdakwah,
Upah dapat pahala pun lumayan.



Majlis keramaian tiada serapah,
Hanya doa restu di dalam hati;
Jika berkenan segeralah tempah,
Jika tidak kempunan nanti!. 



Insya Allah. Wallahua'lam