Saturday, August 30, 2014

DeeJay Husaini


Pengantin tiba tidaklah lewat,
Diiringi nasyid gembira ketawa;
Terima kasih kerana melawat,
DeeJay & PA sistem untuk disewa.



Mempelai moden masa kini,
 Tiada lagi acara merinjis;
Ini dia DeeJay Husaini,
DeeJay untuk pelbagai majlis.


Mempelai berjalan beriring berdua,
Sambil tersenyum berseri-seri;
DeeJay Berpantun bertambah ceria,
Mula tersohor serata negeri!.



Lirik indah berirama samba,
Bila dengar menjadi teruja;
Berdeejay ini kesukaan hamba,
Nasyid dan lagu ketuhanan saja.



Anak kecil riang menari,
Menari lincah ikut irama;
Duit belanja wajib kita cari,
Mencari pahala lagi utama.



Hidup ini jangan bermewah,
Anak yatim hendaklah layan;
Berdeejay sambil berdakwah,
Upah dapat pahala pun lumayan.



Majlis keramaian tiada serapah,
Hanya doa restu di dalam hati;
Jika berkenan segeralah tempah,
Jika tidak kempunan nanti!. 



Insya Allah. Wallahua'lam

Friday, August 29, 2014

Pakej dan syarat.

PAKEJ YANG KAMI TAWARKAN 
IKUT KEMAMPUAN ANDA
UNTUK MAJLIS KENDURI KAHWIN

A) FIRDAUS RM550.00
PAKEJ TERBAIK
2 buah speaker Verity 12 inci
Speaker buatan Perancis
Amplifier Fomoussound 800/ 1100 Watt
Mixer Yamaha MGP16X

B) JANNAH RM450.00
PAKEJ KEBANYAKKAN
2 buah speaker Alto 12 inci
Speaker aktif Technolologi USA Buatan China
Mixer Yamaha MG166cx

C) SALAM RM350.00
PAKEJ EKONOMI
2 buah speaker Pointer
Amplifier Pointer
Mixer Pointer
Semua peralatan buatan China

2 speaker 15 inci & 2 speaker 12 inci

TERMA & SYARAT

1. Harga Pakej.
Harga Pakej disertakan dengan DeeJay. Diskaun RM80 jika tidak memerlukan DeeJay. Tawaran hanya untuk lokasi sekitar Seremban, Rasah dan Rembau. Kawasan luar mungkin akan dikenakan bayaran tambahan mengikut jarak lokasi dan kos tol.

Untuk majlis selain majlis perkahwinan, kami bersedia berbincang untuk menyediakan pakej yang menarik untuk anda.

2. Waktu Rasmi.
Bermula secara rasmi dari pkl 11 pagi - 4 ptg. Kami datang awal untuk pemasangan dan pulang lambat sedikit untuk kemas.

3. Waktu zohor & rehat.
Kami akan memutarkan rakaman azan apabila masuk waktu zohor. Kami berehat sebentar dalam 30 min untuk solat zohor, makan & menghormati waktu.

4. Lagu-lagu.
Kami menyediakan ratusan NASYID, SELAWAT & QASIDAH. Lagu ketuhanan, klasik, kotemporari, lagu perkahwinan & doa hanya sedikit sebagai selingan. TIADA lagu yang melalaikan. Semuanya dalam bentuk rakaman & MP3.

5. Karaoke
TIADA perkhidmatan kareoke disediakan.


6. Tambahan Peralatan
1 pembesar suara (Mic) disediakan percuma. Tambahan peralatan jika diperlukan seperti persembahan qasidah dan nasyid secara langsung (live) akan dikenakan bayaran. Tambahan mic RM25 sebuah dan RM200 untuk sepasang speakaer.

7. Doa, ucapan & persembahan.
Doa, ucapan wakil pengantin, persembahan secara langsung (live) dan seumpamanya disediakan oleh pihak pengantin dan sila maklumkan kepada kami.

8. Meja dan kerusi.
Meja dan 2 buah kerusi hendaklah disediakan oleh pihak pengantin untuk peralatan dan DJ kami. Ia mestilah diletakkan berhampiran dengan punca kuasa 240V (domestic power outlet) dan di kawasan berbumbung. Peralatan kami sensitif kepada air hujan.

9. Deposit 
Deposit RM100 diperlukan sebagai tanda tempahan. Siapa yang bayar deposit kami akan 'reserved' tarikh tersebut untuknya. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak yang menempah. Kami mempunyai peralatan dan DeeJay yang mencukupi serta ekstra. Namun begitu, pihak kami bersediakan memulangkan deposit dengan saguhati tambahan RM100 seandaikan ada halangan luar duga bagi pihak kami.

10. Kad jemputan.
Memerlukan kad jemputan untuk kami dan bagi rujukan kami.


11. PA sistem untuk majlis pernikahan.
Jika memerlukan sistem pembesar suara ketika majlis pernikahan, kami bersedia menyediakan pakej yang menarik sebagai saguhati kami kepada pengantin.

Semoga berpuashati dengan perkhidmatan sewa PA sistem & Deejay lebih Islamik kami. Kami doakan majlis berjalan dengan baik serta dirahmati Allah swt.


Mohamad Husaini Husin al-Nyalasi
DeeJay Islamik Anda Masa Kini